Skip to main content
News

Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Sarawak

04 September 2025, Sarawak – Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Sarawak telah menghimpunkan lebih 1,300 peserta melibatkan 80 sekolah dari seluruh negeri Sarawak di CIDB Convention Centre, Kuching. Program anjuran MOSTI ini menjadi platform strategik untuk membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) melalui pertandingan interaktif yang memberi tumpuan kepada kemahiran masa depan seperti kecerdasan buatan (AI), coding, teknologi dron, pengkomputeran awan serta bidang digital berimpak tinggi lain.

Dalam ucapan perasmian, YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembudayaan Sains) berkata, penganjuran Malaysia Techlympics adalah selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030, dengan keyakinan bahawa pendedahan awal ini mampu melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi menyokong aspirasi Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi menjelang 2030.
Sehingga kini, lebih 2,500 pelajar dan 89 guru dari Sarawak telah menerima manfaat melalui program jangkauan keterangkuman (Outreach) termasuk latihan Training of Trainers secara fizikal dan dalam talian. MOSTI merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta semua agensi yang terlibat dalam menjayakan penganjuran kali ini.
Malaysia Techlympics akan terus diperluas sebagai wadah penting dalam memperkukuh minat generasi muda terhadap STI, sekali gus menyemai kreativiti dan inovasi yang bakal menjadi pemacu pembangunan negara.
Turut Hadir, YBrs. Encik Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd, YBrs. Encik Hazali Bin Madihi, Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta Ketua-Ketua Jabatan dan Guru-Guru.
Skip to content