Skip to main content
News

Malaysia Techlympics 2026 Peringkat Zon Utara

8 September 2026, Kulim – 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐥𝐲𝐦𝐩𝐢𝐜𝐬 – 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐥 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧

Malaysia Techlympics 2026 Peringkat Zon Utara berlangsung meriah di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kulim, Kedah, menghimpunkan lebih 2,100 peserta daripada 152 sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta turut dihadiri YB Prof. Dr. Haim Hilman bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi & Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Kedah dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip.
Penganjuran Malaysia Techlympics merupakan antara inisiatif utama MOSTI dalam memperkukuh pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta memupuk minat terhadap STEM dalam kalangan murid, pelajar dan belia berumur 7 hingga 30 tahun.
Melalui pendekatan secara praktikal (hands-on), pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) dan pertandingan yang interaktif, para peserta diberi ruang untuk menguji pengetahuan, menyelesaikan masalah, mencetuskan idea serta menghasilkan inovasi secara kreatif.
Pemilihan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sebagai lokasi program turut memberi nilai tambah kepada peserta untuk melihat sendiri bagaimana ilmu STEM diterjemahkan kepada teknologi, industri dan peluang pekerjaan bernilai tinggi, khususnya dalam sektor semikonduktor, pembuatan termaju, automasi, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Selaras dengan prinsip keterangkuman, Malaysia Techlympics turut melaksanakan Program Jangkauan Keterangkuman (Outreach) bagi memperluas akses kepada pendidikan STI, khususnya kepada pelajar, guru dan komuniti di kawasan luar bandar. Sehingga kini, program ini telah melibatkan kira-kira 8,837 pelajar dan 849 guru dari empat negeri di Zon Utara.
Malaysia Techlympics bukan sekadar medan pertandingan. Ia merupakan platform untuk mencungkil bakat, membina keyakinan, mengasah kemahiran menyelesaikan masalah serta melahirkan generasi yang mampu mencipta dan mengadaptasi teknologi.
Daripada idea kepada inovasi, daripada bakat kepada teknologi — Malaysia Techlympics terus menjadi pemangkin dalam membina generasi pencipta teknologi masa hadapan. 🇲🇾🔬🤖
Tahniah dan selamat bertanding kepada semua peserta Malaysia Techlympics 2026!
Skip to content