Skip to main content
News

Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) menerima kunjungan YB Khairy Jamaluddin di ibu pejabat MAVCAP bertempat di Menara Ilham, Kuala Lumpur.

Putrajaya, 17 Jun 2020 – Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) menerima kunjungan YB Khairy Jamaluddin di ibu pejabat MAVCAP bertempat di Menara Ilham, Kuala Lumpur. Turut sama dalam kunjungan ini ialah YB Timbalan Menteri MOSTI, YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim, Ketua Setiausaha MOSTI YBhg Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dan YBrs. Dr. Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI.

Pihak MAVCAP yang di wakili oleh Ahli Lembaga Pengarah, YBhg Dato’ Darawati Hussein dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Shahril Anas Hasan Aziz telah membentangkan latar belakang dan aktiviti perniagaan MAVCAP, yang merupakan sebuah syarikat modal teroka di bawah seliaan MOSTI. Ditubuhkan pada tahun 2001, MAVCAP melabur secara modal teroka dalam syarikat syarikat berteknologi tinggi, antaranya Carsome, TheLorry, Aerodyne, Naluri dan lain lain.

MAVCAP juga mempunyai pegangan dalam 11 syarikat dana dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan dan luar negara seperti AXIATA, Johor Corporation, Gobi Partners dan 500 Startups.