Skip to main content
News

Marak Fun Run

09 Ogos 2025, Kelantan – Pada hari ini telah berlangsung Program Madani Rakyat Fun Run (MaRak Fun Run) yang dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sempena Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Kelantan.

Pelepasan MaRak Fun Run telah disempurnakan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama-sama YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI.
Program bermula seawal jam 6.30 pagi dengan acara senam robik sebelum dilepaskan untuk ‘Fun Run’ sejauh 3.5 KM. Program turut diserikan dengan cabutan bertuah untuk para peserta dan pemenang pakaian tradisonal yang menyertai MaRak Fun Run.
Program seperti ini diharapkan dapat menyemarakkan semangat patriotisme melalui aktiviti sihat dan mesra keluarga serta mempromosikan gaya hidup selaras dengan semangat Malaysia MADANI.
Skip to content