Skip to main content
News

Memperkukuh Pembangunan Bakat Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) Negara

19 November 2026 , Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bakat STI Negara Bil. 1/2026 telah diadakan pada 19 November 2026 bertempat di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), bagi memperkukuh penyelarasan dan hala tuju pembangunan bakat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara.
Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Adam Adli bin Abd Halim Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi; YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; YB Dato’ Sri Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi; YBhg. Datuk Fabian Bigar Ketua Setiausaha Kementerian Digital serta wakil-wakil Kementerian, agensi dan industri.
Antara perkara utama yang dibincangkan ialah pembangunan 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐀𝐚 𝐈𝐧𝐭𝐞π₯𝐒𝐠𝐞𝐧 𝐁𝐚𝐀𝐚𝐭 π’π“π„πŒ 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚, termasuk pembentangan πƒπžπ¦πšπ§π πƒπ²π§πšπ¦π’πœ π€π§πšπ₯𝐲𝐬𝐒𝐬 (DDA) bagi sektor Elektrik dan Elektronik (E&E) sebagai pendekatan untuk mengenal pasti jurang serta ketidaksepadanan antara penawaran bakat dengan keperluan industri.
Usaha ini penting bagi memastikan pembangunan bakat negara sentiasa responsif terhadap perubahan teknologi dan keperluan industri, seterusnya melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, meningkatkan produktiviti serta memperkukuh daya saing Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi.
Membangunkan bakat hari ini, memacu inovasi dan masa depan negara.
Skip to content