7 Jun 2023, Putrajaya – YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat ASEAN COSTI Kebangsaan Bil.1/2023 di Bilik Gerakan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi(MOSTI).
YBhg. Datuk Ts. Dr. KSU menyatakan komitmen Malaysia dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti terutamanya projek-projek yang diterajui oleh Malaysia iaitu ASEAN Young Scientists Network (AYSN) dan ASEAN Foresight Alliance (AFA).
Inisiatif ini akan merancakkan lagi jalinan kerjasama STI di kalangan penyelidik, saintis dan jurutera dalam aspek pembangunan penyelidikan di rantau ASEAN serta menggerakkan tenaga pemikir ASEAN dari kalangan generasi muda.
Wakil daripada Cradle Fund Sdn Bhd telah membentangkan nota konsep ASEAN Startup Initiative. Yayasan Inovasi Malaysia telah membentangkan 4th ASEAN-India Grassroots Innovation Forum (AIGIF 2023). ASEAN Young Scientist Network (AYSN) juga membentangkan projek, program, aktiviti dan isu-isu berbangkit bagi AYS. Akademi Sains Malaysia telah membentangkan ASEAN Foresight Alliance (AFA).
Melalui inisiatif-inisiatif ini, STI akan terus dilihat sebagai kuasa pemacu serta penggerak utama pembangunan ekonomi serta sosial negara anggota ASEAN bagi mencapai matlamat Satu Komuniti ASEAN dalam aspek keselamatan, ekonomi dan kesejahteraan sosial.