Skip to main content
NewsCovid-19

Mesyuarat di Antara YB Khairy Jamaluddin Bersama Tyt. Naiyl M. Latpov, Duta Besar Persekutuan Rusia Ke Malaysia Berkenaan Vaksin Covid-19 Sputnik V

By 2020-11-25#!31Wed, 10 Mar 2021 15:09:30 +0800p3031#31Wed, 10 Mar 2021 15:09:30 +0800p-3Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 10pm31pm-31Wed, 10 Mar 2021 15:09:30 +0800p3Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312021Wed, 10 Mar 2021 15:09:30 +0800093093pmWednesday=321#!31Wed, 10 Mar 2021 15:09:30 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 10th, 2021#!31Wed, 10 Mar 2021 15:09:30 +0800p3031#/31Wed, 10 Mar 2021 15:09:30 +0800p-3Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Wed, 10 Mar 2021 15:09:30 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments
Pada 19 November 2020, YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia telah mengadakan mesyuarat bersama TYT. Naiyl M. Latypov, Duta Besar Persekutuan Russia ke Malaysia. Mesyuarat tersebut turut disertai oleh Pengurusan Tertinggi MOSTI, Ketua Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit (IDRC), Institut Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pengerusi National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM).
Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan kolaborasi strategik di antara Malaysia dan Rusia khususnya berkenaan vaksin COVID-19 yang meliputi cadangan untuk memasukkan vaksin Sputnik V ke dalam portfolio vaksin COVID-19 Malaysia, cadangan kerjasama dalam penghasilan vaksin di Malaysia, cadangan penyelidikan bersama dan pemindahan teknologi berkaitan vaksin serta cadangan ujian klinikal di Malaysia.