Skip to main content
News

Mesyuarat Dua Hala antara Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Minister of State, Ministry of Foreign Affairs & Ministry of Trade and Industry (MTI), Singapura

25 Jun 2026, Vientiane – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan YB Puan Gan Siow Huang, Minister of State, Ministry of Foreign Affairs and Ministry of Trade and Industry (MTI), Singapura, sempena 22𝑛𝑑 𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁 π‘€π‘–π‘›π‘–π‘ π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘–π‘Žπ‘™ 𝑀𝑒𝑒𝑑𝑖𝑛𝑔 π‘œπ‘› 𝑆𝑐𝑖𝑒𝑛𝑐𝑒, π‘‡π‘’π‘β„Žπ‘›π‘œπ‘™π‘œπ‘”π‘¦ π‘Žπ‘›π‘‘ πΌπ‘›π‘›π‘œπ‘£π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› (𝐴𝑀𝑀𝑆𝑇𝐼-22), 89π‘‘β„Ž 𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁 πΆπ‘œπ‘šπ‘šπ‘–π‘‘π‘‘π‘’π‘’ π‘œπ‘› 𝑆𝑐𝑖𝑒𝑛𝑐𝑒, π‘‡π‘’π‘β„Žπ‘›π‘œπ‘™π‘œπ‘”π‘¦ π‘Žπ‘›π‘‘ πΌπ‘›π‘›π‘œπ‘£π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› (𝐢𝑂𝑆𝑇𝐼-89) serta mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang sedang berjalan di Vientiane, Lao PDR. Pertemuan ini telah mengukuhkan lagi hubungan persahabatan yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Singapura serta komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.
Kedua-dua Menteri bertukar pandangan mengenai usaha memperluas kerjasama dalam beberapa bidang strategik, termasuk pemindahan teknologi dan pengkomersialan hasil penyelidikan, teknologi angkasa lepas, pembangunan tenaga nuklear awam, pembangunan bakat dan pembinaan kapasiti, serta kerjasama antara agensi teknikal dan institusi penyelidikan. Perbincangan turut meneroka peluang untuk memperkukuh kerjasama serantau menerusi inisiatif ASEAN, khususnya dalam memajukan ekosistem inovasi dan teknologi baharu muncul bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.
MOSTI kekal komited untuk terus bekerjasama rapat dengan Singapura dalam memupuk kerjasama strategik yang memberi impak, memacu inovasi, memperkukuh daya tahan serantau serta memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat kedua-dua negara.
Skip to content