Skip to main content
News

Mesyuarat Dua Hala Antara YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysia dan TYT Hem Vanndy, Menteri Industri, Sains, Teknologi dan Inovasi Kemboja (MISTI)

20 Jun 2025, Indonesia – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan TYT Hem Vanndy, Menteri Industri, Sains, Teknologi dan Inovasi, Kemboja. Mesyuarat ini diadakan sempena lawatan rasmi YB Menteri ke Jakarta, Indonesia, bagi menghadiri 21st ASEAN Ministerial Meeting on Science, Technology and Innovation (AMMSTI-21).

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua Menteri telah menyatakan hasrat untuk memperkukuh dan mengaktifkan kerjasama dua hala dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI). Kedua-dua pihak turut mengambil maklum bahawa perbincangan sedang berlangsung bagi mengenal pasti bidang-bidang keutamaan STI yang berpotensi untuk dijadikan tumpuan utama kerjasama, sebagai persediaan ke arah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dua hala dalam bidang STI antara Malaysia dan Kemboja.
MoU tersebut dijangka akan ditandatangani semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang dirancang berlangsung pada bulan Oktober 2025.
Skip to content