25 Oktober 2025, Putrajaya – Mesyuarat Dua Hala YAB Perdana Menteri Malaysia dan TYT Presiden Republik Persekutuan Brazil telah diadakan bersempena dengan Lawatan Rasmi TYT Luiz Inácio Lula da Silva, Presiden Republik Persekutuan Brazil ke Malaysia.
YAB Perdana Menteri serta rakan sejawatnya dari Republik Persekutuan Brazil telah menyaksikan pertukaran perjanjian persefahaman melibatkan pelbagai kerjasama oleh kedua-dua buah negara.
YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama rakan sejawatnya PYT Luciana Santos, Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Republik Persekutuan Brazil telah membuat pertukaran Memorandum Persefahaman dalam Bidang Sains, Teknologi dan Inovasi antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Persekutuan Brazil; MIMOS-INPE; dan MIMOS- CTI.
Perjanjian persefahaman ini akan memperkukuhkan kerjasama dua hala dalam bidang sains, teknologi dan inovasi dengan memberikan faedah yang optimum kepada kedua-dua buah negara.
Turut hadir YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Encik Afdzal Syahadat Husni Husin, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, MIMOS Technologies Sdn. Bhd.




