10 Julai 2023, Singapura – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengetuai delegasi Malaysia Innovation Work Group di bawah Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia (JMCIM) untuk mengadakan Mesyuarat INWG Round Table & INWG Pre-JMCIM bersama Singapura INWG pada 10 Julai bagi persediaan Mesyuarat JMCIM ke-16.
Ahli Malaysia INWG yang turut hadir bersama adalah wakil dari MOSTI, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Cradle Fund, Iskandar Investment Berhad (IIB) dan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI). Manakala ahli Singapura INWG terdiri daripada wakil dari Ministry of Trade and Industry, Enterprise Singapore dan Action Community for Entrepreneur (ACE).
Dalam INWG Round Table Dialog, wakil dari kedua-dua negara telah bertukar pendapat dan program masing-masing dalam pembangunan startup, sandbox dan testbed. Startup dari Malaysia turut berkongsi pendapat, pengalaman dan keperluan pemasaran bersama wakil INWG.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan telah mempengerusikan Mesyuarat INWG Pre-JMCIM bersama Puan Jane Lim, Deputy Secretary, Singapore Ministry of Trade and Industry. Kedua-dua negara telah membincangkan inisiatif dan program untuk diterajui bersama dalam kumpulan kerja berkaitan startup, teknologi, inovasi dan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Kolaborasi melalui INWG di bawah platform JMCIM akan memanfaatkan kedua-dua negara dalam usaha memerkasakan pembangunan ekosistem startup, inovasi dan R&D.