06 Mei 2025, Kuala Lumpur – YB Datuk Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 bil. 2/2025 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Ballroom 1, KLCC dan turut dihadiri oleh anggota Jemaah Menteri Kabinet, pengurusan tertinggi Kementerian dan agensi berkaitan.
Mesyuarat ini membincangkan mengenai kemajuan terkini persediaan substantif dan logistik bagi mesyuarat-mesyuarat di bawah kesemua Tonggak Komuniti ASEAN yang akan dianjurkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China.