Skip to main content
News

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Vaksin Kebangsaan (NASCOV) 2025

16 Oktober 2025, Kuala Lumpur – Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Vaksin Kebangsaan (NASCOV) 2025 yang dipengerusikan bersama oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Azah Hanim bt Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato’ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBrs. Puan Norsham bt Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBrs. Dr. Azuana Ramli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi) KKM, YBhg. Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif NIBM serta para pemegang taruh utama daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi yang terlibat dalam ekosistem pembuatan, pembangunan dan penyelidikan vaksin negara.
Kedua-dua kementerian menegaskan bahawa pembangunan vaksin negara perlu digerakkan melalui pendekatan whole-of-government, dengan penglibatan aktif industri, akademia dan komuniti penyelidik. MOSTI akan terus menerajui aspek inovasi dan pembangunan kapasiti, manakala KKM memastikan standard keselamatan serta keberkesanan vaksin dipatuhi mengikut piawaian antarabangsa.
Mesyuarat ini menandakan fasa baharu pelaksanaan PPVN, dengan tumpuan kepada pengkomersialan strategik, pembangunan vaksin halal dan kedaulatan vaksin nasional menjelang 2030.
Turut diadakan penyerahan MOU yang telah ditandatangani pada 15 Oktober 2025 di Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPHARM), NIBM, Pulau Pinang. Melalui Kerjasama ini, NIBM dan NPRA akan menumpukan usaha Bersama dalam aktiviti pengujian Lot Pelepasan Vaksin (Lot Release Testing), Pembangunan tatacara dan kaedah pengujian vaksin serta Pembangunan modal insan dalam R&D biofarmaseutikal.
Skip to content