Skip to main content
News

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI) dalam Perolehan Kerajaan Bilangan 1 Tahun 2025

11 Mac 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI) dalam Perolehan Kerajaan Bilangan 1 Tahun 2025 yang telah dihadiri oleh wakil Kementerian Kewangan (MoF) beserta 12 wakil Kementerian rintis program MySTI.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MySTI pada hari ini bertujuan untuk memaklumkan kemajuan pelaksanaan dan penetapan hala tuju program MySTI pada tahun 2025 serta pelaporan oleh Kementerian rintis sepanjang tempoh pelaksanaan program MySTI.
Program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI) dalam Perolehan Kerajaan adalah salah satu usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MoF). Program ini telah dilancarkan pada Jun 2023 dan sedang dijalankan secara rintis sehingga Mei 2025. Barangan dan perkhidmatan dengan logo MySTI diberikan keutamaan dalam perolehan Kerajaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai program MySTI, layari www.mysti.gov.my.
Skip to content