Skip to main content
News

Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat Nasional Siri 6 Bil. 3 Tahun 2025

25 November 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat Nasional Siri 6 Bil. 3 Tahun 2025 yang berlangsung di ICU Jabatan Perdana Menteri (JPM). Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Dalam mesyuarat ini, YBhg. Tan Sri KSN menekankan kepentingan strategi “whole of government” yang menggariskan keperluan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi menyelaras pelaksanaan langkah-langkah memperkukuh integriti dan tatakelola. Pendekatan ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan untuk memastikan agenda reformasi dilaksanakan secara berkesan di semua peringkat pentadbiran.
Mesyuarat ini juga menjadi platform penting bagi memastikan tindakan yang lebih terselaras, komprehensif dan responsif dalam usaha meningkatkan kecekapan tadbir urus sektor awam.
Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Dato’ Sri KPj Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semua Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) serta Setiausaha Kerajaan Negeri.
Skip to content