08 Mei 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negara Bil. 1/2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Mesyuarat ini merupakan platform strategik bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan projek-projek Pembangunan negara. Komitmen dan kolaborasi erat antara semua pihak yang terlibat diperlukan dalam merealisasikan agenda pembangunan negara secara menyeluruh, inklusif dan mampan.