Skip to main content
News

Mesyuarat Kerjasama Strategik Kkm-Mosti-Kkmm Bagi Mengawal Penularan Wabak Covid-19

By 2020-03-24#!30Fri, 06 Nov 2020 09:45:28 +0800p2830#30Fri, 06 Nov 2020 09:45:28 +0800p-9Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 06am30am-30Fri, 06 Nov 2020 09:45:28 +0800p9Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Fri, 06 Nov 2020 09:45:28 +08004594511amFriday=321#!30Fri, 06 Nov 2020 09:45:28 +0800pAsia/Kuala_Lumpur11#November 6th, 2020#!30Fri, 06 Nov 2020 09:45:28 +0800p2830#/30Fri, 06 Nov 2020 09:45:28 +0800p-9Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Fri, 06 Nov 2020 09:45:28 +0800pAsia/Kuala_Lumpur11#No Comments

24 Mac 2020, Putrajaya: Mesyuarat Kerjasama Strategik KKM-MOSTI-KKMM Bagi Mengawal Penularan Wabak Covid-19 telah diadakan pada 23 Mac 2020 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya dan telah dipengerusikan secara bersama oleh YB Datuk Seri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Mutimedia, dan YB Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Mesyuarat ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI) dan Big Data Analytic (BDA) berkaitan smart tracking dan keperluan dan perkongsian data dan kerjasama antara MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi centres for diagnostic screening, kajian epidemiologi dan kajian kesahihan drug malaria.

Mesyuarat telah bersetuju untuk menggunakan teknologi AI dan BDA dalam membantu mengawal penularan wabak Covid-19. Kerjasama strategik antara ketiga-tiga kementerian ini diharap akan dapat membendung dan memutuskan rangkaian wabak Covid-19 yang sedang melanda negara pada masa kini.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri MOSTI, YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I, YB Datuk Aaron Ago Anak Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II, YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausa Kesihatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian dan Agensi, Ahli-ahli Akademik, serta pihak-pihak swasta.