27 Mei 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Mesyuarat Majlis Biodiversiti Negara Ketiga (MBN Ke-3) yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
MBN merupakan platform utama bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri membincangkan hala tuju dan strategi biodiversiti di peringkat kebangsaan yang diurus setiakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Mesyuarat turut dihadiri YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib Alsree, Timbalan Menteri Ekonomi, serta wakil Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Biodiversiti merupakan khazanah negara yang sangat berharga dan memuliharanya adalah tanggungjawab kita bersama agar khazanah semula jadi negara dapat diwariskan kepada generasi masa depan.