Skip to main content
News

Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bil. 1/2026

9 Februari 2026, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bil. 1/2026 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri di Putrajaya.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada hala tuju serta strategi pelaksanaan transformasi AI Nation melalui adaptasi teknologi digital dan inovasi. Seiring dengan agenda tersebut, MOSTI kekal komited untuk memperkukuh pelaksanaan agenda nasional demi menjamin kesejahteraan rakyat serta meningkatkan daya saing Malaysia di persada global.
Skip to content