Skip to main content
News

Mesyuarat Majlis Sains Negara

4 November 2024, Kuala Lumpur – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sains Negara, sebuah majlis tertinggi dalam tatakelola STI negara pada hari ini. Majlis ini telah dihadiri oleh Menteri-Menteri termasuk wakil kementerian, akademia, industri dan badan bukan kerajaan.
Majlis Sains Negara (MSN) sebagai badan tertinggi dalam ekosistem STIE negara akan menambahbaik skop tatakelola merangkumi saling perkaitan MSN bersama MTEN dan MED4IR serta inisiatif STIE di peringkat persekutuan, negeri melalui MEXCO STI, sektor swasta, akademia dan masyarakat. Penyertaan GLICs selain universiti adalah penting agar projek-projek R&D dapat diselaraskan dengan agenda negara. Langkah ini penting untuk memastikan pelaksanaan dasar dan inisiatif STIE di semua peringkat pentadbiran kerajaan adalah tepat mengikut keperluan agenda setempat.
Antara reformasi tatakelola yang disarankan adalah transformasi lanskap pelaksanaan serta pemerkasaan mandat Majlis Sains Negara melalui penubuhan Panel Penasihat Pakar Majlis Sains Negara dan Jawatankuasa Koordinasi dan Pemantauan Sains Negara. Ia sebagai langkah permulaan untuk mentransformasikan tatakelola STIE negara sementara Akta Sains Negara digubal dan diinstitusikan.
Bagi menyokong dan melengkapkan ekosistem inovasi, MOSTI sedang membangunkan Malaysian Innovation Index (MII) yang akan menyediakan satu profil khusus bagi setiap wilayah dan negeri. Inisiatif ini akan membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ekosistem inovasi seterusnya membangunkan intervensi bersasar mengikut keperluan di setiap negeri.
Di samping itu, bagi mengalakkan pembangunan teknologi tempatan melalui pendekatan technology sovereignty, MSN juga telah mempertimbangkan pengaktifan semula Jawatankuasa Sandbox Kementerian bagi meningkatkan kerjasama kementerian dalam menyeragamkan perundangan serta dasar sektoral STI masing-masing. Pendekatan melalui top-down ini mampu memastikan penerapan teknologi yang lebih pantas dan berkesan berkesan khususnya melonjakkan perkhidmatan kepada rakyat, menyelesaikan isu-isu melalui teknologi dan meluaskan lagi pemakaian STI dalam kalangan perkhidmatan awam.
Pencapaian SDG global amat membimbangkan dengan hanya 17% tercapai menurut Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 2024. Pencapaian SDG Malaysia pula, sebanyak 40% indikator berada di landasan untuk mencapai kemampanan namun 60% indikator menunjukkan perkembangan lemah atau merosot. Oleh itu, MOSTI akan mengoperasikan Pelan Tindakan Kesihatan Planet/Bumi Negara (PTPKN) mulai tahun 2025 yang berfungsi sebagai pelengkap pelaksanaan SDG negara. Selain itu, PTKPN juga dijadikan rujukan dan input dalam penggubalan dasar-dasar Kerajaan termasuk RMK13. Mesyuarat MSN kali ini bersetuju secara prinsip mengenai Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTPKN) ini, namun pengoperasian PTPKN perlu diperhalusi oleh semua pemegang taruh berkaitan.
Pada mesyuarat MSN hari ini, ahli-ahli mesyuarat juga telah dimaklumkan mengenai penyediaan satu Laporan bertajuk ASEAN Ahead: Science, Technology and Innovation (STI) Ecosystem Foresight 2035 And Beyond oleh Akademi Sains Malaysia yang akan dilancarkan semasa tempoh kepengerusian Malaysia bagi ASEAN. Malaysia telah diangkat sebagai peneraju dalam bidang foresight dan penggerak transformasi STI ASEAN maka Laporan ini akan menjadi rujukan utama bagi merangka ASEAN Plan of Action on Science, Technology and Innovation (APASTI) 2026-2035.
Skip to content