Skip to main content
News

Mesyuarat Majlis SDG Negara Tahun 2025

05 November 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mewakili YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke Mesyuarat Majlis SDG Negara 2025 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri di Putrajaya.

Majlis SDG Negara merupakan struktur tertinggi dalam tadbir urus Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Malaysia. Majlis ini memainkan peranan penting dalam menetapkan keutamaan nasional berkaitan SDG, merangka hala tuju dan strategi pelaksanaan serta sasaran yang ingin dicapai oleh Malaysia.
Penganjuran Mesyuarat Majlis SDG Negara Tahun 2025 secara tahunan ini antaranya bertujuan untuk membentangkan jurang pelaksanaan SDG merentasi pelbagai pihak berkepentingan serta melaporkan pencapaian semasa SDG di peringkat kebangsaan.
Turut hadir ke mesyuarat ini ialah YB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan termasuk YB Menteri dan YB Timbalan Menteri termasuk Ketua Setiausaha Kementerian yang berkaitan.
Skip to content