10 November 2025 – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (MEXCO-STI) Bil. 2 Tahun 2025. Mesyuarat turut dihadiri oleh Exco kerajaan negeri berkaitan STI, wakil kementerian serta wakil kerajaan negeri.
Mesyuarat membincangkan kerjasama bersepadu antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk memastikan setiap negeri dapat mengoptimumkan potensi inovasi masing-masing, sekali gus menyumbang kepada peningkatan daya saing dan kedudukan Malaysia dalam Indeks Inovasi Global (GII).
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk pelaksanaan program Sctech4u bagi memupuk minat murid dan pelajar dalam STEM, pengukuhan ekosistem inovasi sosial melalui inisiatif kerjasama pintar peringkat negeri serta projek Hypereaktor di kawasan pendalaman bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Mesyuarat turut menekankan bahawa kerjasama strategik ini penting untuk mengangkat Malaysia sebagai Hab Inovasi Sosial yang berdaya saing di peringkat serantau dan global.




