Skip to main content
News

Mesyuarat Pasca-Kabinet MOSTI

29 November 2024, Putrajaya – Satu sesi penyerahan sijil sebagai tanda penghargaan dalam menyokong komitmen agenda Reformasi Kerenah Birokrasi Negara telah diadakan dalam Mesyuarat Pasca-Kabinet MOSTI pada 29 November 2024 kepada projek di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu:

✅Mempercepat Proses Pencarian Maklumat Menjalankan Perniagaan Startup Malaysia dari CRADLE;
✅Mengurangkan Bebanan Kos Pematuhan bagi Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Profesional dari MBOT;
✅Mengurangkan Bebanan Kos Pematuhan bagi Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Teknologis Profesional (Ts.) atau Juruteknik Bertauliah (Tc.) dari MBOT;dan
✅Mempercepat Proses Kemasukan Pengunjung Ke Pusat Sains Negara daripada 30 minit ke 1 minit dari Pusat Sains Negara (PSN).
Terdahulu, Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri telah berlangsung pada 22 hingga 24 November 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah bertujuan untuk mempertingkatkan pemahaman mengenai usaha Kerajaan MADANI dalam mereformasi perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat.
Skip to content