Skip to main content
News

Mesyuarat Penyelarasan Pengoperasian Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara

02 Julai 2025, Kuala Lumpur – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pengoperasian Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara di Bilik Mesyurat Alfred Nobel, Pusat Sains Negara Kuala Lumpur pada 2 Julai 2025.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan STI) MOSTI. Turut hadir bersama adalah Encik Mohammad Fuad bin Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara dan Encik Zamri Pengarah Planetarium Negara.
Turut diadakan lawatan tinjauan projek pembaikan bumbung Pusat Sains Negara.
Skip to content