Skip to main content
News

Mesyuarat Perancangan Strategik Sektor Perancangan & Pembudayaan Sains (Sektor P), MOSTI

23-25 November 2025 – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI sempat menghadiri dan memberi amanat tentang kepentingan kolaborasi antara kementerian dan industri tempatan. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor P menekankan pelaksanaan inisiatif 2026 secara konsisten, inklusif dan memberi impak yang jelas.

Objektif mesyuarat menumpu pada penjajaran DSTIN dengan dasar semasa, RMK13 dan program pembudayaan STI agar selari dengan hala tuju MOSTI 2026. Perbincangan merangkumi bidang tumpuan utama MOSTI dalam RMK13 ke arah Negara Berteknologi Tinggi 2030 serta usaha memperkasa ekosistem STI dalam bidang Angkasa, Bahan Termaju dan Teknologi Nuklear.
Mesyuarat ini berperanan sebagai platform penting untuk memperkukuh kerjasama antara semua bahagian di bawah Sektor P bagi memastikan dasar dan sasaran dapat dicapai dengan lebih berkesan. Mesyuarat telah dihadiri oleh ketua dan wakil bahagian, serta jabatan dan agensi MOSTI yang berkaitan.
Skip to content