14 Julai 2025, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Mesyuarat Perancangan Strategik: Semakan Separuh Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI dan dihadiri oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi); YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains); YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan; Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua- Ketua Agensi MOSTI.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan pencapaian separuh tahun Program Strategik MOSTI Tahun 2025. Program Strategik MOSTI adalah program-program berimpak tinggi kementerian yang menyumbang ke arah pencapaian visi dan misi Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030. Selaras dengan itu, semua Bahagian/Jabatan/Agensi perlu memastikan semua program strategik yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya.