Skip to main content
News

Mesyuarat Semakan Separuh Penggal Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (2021–2030)

4 Februari 2026, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI, telah merasmikan Mesyuarat Semakan Separuh Penggal Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara 2021–2030 di Putrajaya.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa PPVN digubal untuk mencapai keupayaan kendiri dalam penyelidikan, pembangunan dan penghasilan vaksin menjelang 2030, dengan tumpuan kepada vaksin tempatan berkualiti tinggi melalui kolaborasi kerajaan, institusi penyelidikan dan industri. Tiga objektif utama pelan ini ialah kemandirian bekalan vaksin, pertumbuhan sektor bioekonomi berdaya saing, dan kesiapsiagaan negara menghadapi wabak dan pandemik.
Dalam aspek pembangunan modal insan, Latihan Program Vaksin (LPV) dan Kerangka Pembangunan Bakat Ekosistem Vaksin Malaysia (MyViTAL) telah melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan memastikan kesinambungan bakat tempatan. Malaysia juga aktif dalam inisiatif global dan serantau seperti CEPI, AVSSR, RVMC, UK SEA VAX Hub dan IVI untuk meningkatkan kredibiliti negara serta membuka peluang kerjasama dan pemindahan teknologi.
Bagi strategi dan hala tuju 2026–2030, fasa kedua PPVN menumpukan kepada pelaksanaan pelan sedia ada secara strategik dan berimpak tinggi termasuk pelaburan pembangunan vaksin, pengekalan bakat tempatan dan pengurangan brain drain. Perancangan turut mengambil kira perubahan landskap global biofarmaseutikal, kemajuan teknologi vaksin, dan kemunculan penyakit baharu, sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-13 bagi membina ekosistem kesihatan yang holistik, mampan dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Turut hadir ialah YBrs. Dr Mohd Azlan bin Zaharudin, Pengarah MVPO, YBrs. Prof. Madya Dr. Syahrilnizam bin Abdullah, Pengarah Malaysia Genome & Vaccine institute (MGVI), Ketua-ketua Jabatan dan Agensi MOSTI serta pihak berkepentingan.
Skip to content