21 Jun 2023, Brunei – YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI telah mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Mesyuarat The 83rd ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI-83) pada 20 – 21 Jun 2023 di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
Mesyuarat COSTI merupakan mesyuarat berjadual peringkat pegawai kanan Sains, Teknologi dan Inovasi setiap negara anggota ASEAN. Ia diadakan sebanyak 2 kali setahun dan dianjurkan untuk merancang dan melaksanakan keputusan Mesyuarat Menteri-Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN.