Skip to main content
News

MIMOS – HP JALIN KERJASAMA STRATEGIK

By 2014-01-09#!31Mon, 14 Dec 2020 15:03:17 +0800p1731#31Mon, 14 Dec 2020 15:03:17 +0800p-3Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 14pm31pm-31Mon, 14 Dec 2020 15:03:17 +0800p3Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312020Mon, 14 Dec 2020 15:03:17 +08000330312pmMonday=321#!31Mon, 14 Dec 2020 15:03:17 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#December 14th, 2020#!31Mon, 14 Dec 2020 15:03:17 +0800p1731#/31Mon, 14 Dec 2020 15:03:17 +0800p-3Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 14 Dec 2020 15:03:17 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#No Comments

DSC_0285

 

Kuala Lumpur, 9 Januari: MIMOS Bhd. menjalin kerjasama strategik dengan syarikat teknologi maklumat terkemuka dunia HP bagi membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan universitI tempatan dalam membangunkan aplikasi rangkaian menerusi penggunaan perisian-definisi rangkaian (SDN) dan HP SDN Developer Kit (SDK).

Kerjasama itu juga menjadikan MIMOS sebagai rakan kongsi pertama HP di Malaysia dan Asia Tenggara bagi program rakan HP AllianceOne. Menerusi perjanjian itu, MIMOS, pusat R&D ICT kerajaan di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjalin usaha sama dengan HP, untuk menggunakan teknologi HP dalam bidang penyelesaian pengkomputeran awan.

Program itu menyediakan platform kepada agensi atau syarikat untuk membangunkan produk penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan menggunakan platform dan teknologi utama HP.

Perjanjian kerjasama tersebut disaksikan oleh YB Datuk Dr. Ewon, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Sementara itu, Ewon berkata kerjasama strategik ini penting dalam mendorong perkembangan inovasi dalam ICT di negara ini. Beliau juga berkata MOSTI akan melaksanakan beberapa program perdana tahun ini bagi menggalakkan perkembangan inovasi di kalangan syarikat ICT tempatan.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Dr. Rosli Mohamed, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Naib Presiden dan Pengurus Besar Rangkaian HP Ais Pasific dan Jepun dan Pengarah Urusan HP Malaysia