Skip to main content
News

MOSTI Lancar DSTIN 2021-2030 Dan MySTIE Bagi Memacu Pembangunan Teknologi Tempatan

By 2020-12-17#!28Sun, 28 Feb 2021 17:15:18 +0800+08:001828#28Sun, 28 Feb 2021 17:15:18 +0800+08:00-5+08:002828+08:00x28 28pm28pm-28Sun, 28 Feb 2021 17:15:18 +0800+08:005+08:002828+08:00x282021Sun, 28 Feb 2021 17:15:18 +0800155152pmSunday=321#!28Sun, 28 Feb 2021 17:15:18 +0800+08:00+08:002#February 28th, 2021#!28Sun, 28 Feb 2021 17:15:18 +0800+08:001828#/28Sun, 28 Feb 2021 17:15:18 +0800+08:00-5+08:002828+08:00x28#!28Sun, 28 Feb 2021 17:15:18 +0800+08:00+08:002#No Comments
KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2020 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Khairy Jamaluddin hari ini melancarkan dua inisiatif nasional iaitu Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE).
Melalui kedua-dua inisiatif ini, peranan sains, teknologi dan inovasi (STI) negara akan dilonjakkan lagi dalam pertumbuhan ekonomi bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi. Semasa pelancaran, beliau berkata, gabungan DSTIN dan MySTIE akan memastikan kemajuan sains dan teknologi bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Pada masa yang sama, dasar baharu ini juga akan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar dan buruh asing. Ia juga bakal membantu negara mencapai matlamat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada RM3.4 trilion menjelang 2030.
DSTIN 2021-2030 menggariskan enam (6) teras strategik; 20 strategi dan 46 inisiatif bagi memperhebatkan usaha-usaha pembangunan dan pengaplikasian teknologi tempatan dalam usaha mentransformasikan negara daripada pengguna teknologi kepada pembangun teknologi. Sementara itu, Rangka Kerja 10-10 MySTIE yang dibangunkan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) akan berfungsi sebagai pemangkin bagi mencapai usaha ini melalui penetapan 30 bidang keutamaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara yang memenuhi keperluan industri.
MOSTI juga telah mengumumkan 10 Program Lonjakan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE). Antaranya ialah mewujudkan Technology Commercialisation Accelerator (TCA), Malaysia Science Endowment (MSE), National Technology Innovation Sandbox (NTIS) dan penubuhan National Vaccine Centre, yang akan memacu usaha-usaha pembangunan teknologi tempatan dan pengkomersialan hasil R&D negara.
Kementerian akan memastikan supaya bidang sains dan teknologi dapat memberi manfaat kepada semua pihak secara inklusif tanpa ada pihak yang terpinggir, seterusnya mewujudkan masyarakat yang berpemikiran saintifik dalam menuju negara maju dan berteknologi tinggi. Dalam hal ini, dasar baharu tersebut menggariskan pewujudan pusat komuniti sains berkonsepkan ruang reka (maker space) di lokasi-lokasi strategik di kawasan bandar dan luar bandar.
Terdahulu, Khairy menjelaskan Malaysia menunjukkan peningkatan ranking dalam Indeks Inovasi Global (Global Innovation Index – GII) 2020 daripada tangga ke-35 pada tahun 2019, ke tangga ke-33 daripada 131 negara pada tahun ini. Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia berada di tangga ke-2 di belakang Singapura, manakala dalam kalangan negara berpendapatan menengah tinggi (upper middle-income group), Malaysia juga berada di tangga ke-2 selepas China.
Skip to content