Skip to main content
News

MOSTI Lancar Halatuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030 Dan Platform Digital Mystartup

By 2021-11-19#!30Mon, 22 Nov 2021 16:56:40 +0800+08:004030#30Mon, 22 Nov 2021 16:56:40 +0800+08:00-4+08:003030+08:00x30 22pm30pm-30Mon, 22 Nov 2021 16:56:40 +0800+08:004+08:003030+08:00x302021Mon, 22 Nov 2021 16:56:40 +08005645611pmMonday=321#!30Mon, 22 Nov 2021 16:56:40 +0800+08:00+08:0011#November 22nd, 2021#!30Mon, 22 Nov 2021 16:56:40 +0800+08:004030#/30Mon, 22 Nov 2021 16:56:40 +0800+08:00-4+08:003030+08:00x30#!30Mon, 22 Nov 2021 16:56:40 +0800+08:00+08:0011#No Comments
19 November 2021, Kuala Lumpur – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menetapkan sasaran untuk membina ekosistem start-up yang kondusif dengan pelancaran Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-up Malaysia (SUPER) 2021-2030 dan platform MYStartup.
SUPER adalah pelan untuk membangunkan ekosistem start-up negara yang dinamik dan sejajar dengan Wawasan 2030. MYStartup pula adalah portal digital sumber maklumat yang menyediakan perkhidmatan pemudah cara menyeluruh untuk rangkaian ekosistem start-up.
SUPER dirangka untuk meningkatkan keluaran dalam negara kasar negara. Selain itu, menyumbang kepada penciptaan pekerjaan bernilai tinggi serta meluaskan pelaburan teknologi teras menjelang 2030. Pembangunan SUPER telah mengambil kira maklum balas daripada lebih 300 pihak berkepentingan ekosistem start-up.
YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, berkata, “MOSTI membuka lebih banyak pintu dan meluaskan rangkaian untuk pemulihan ekonomi negara yang dinamik dan pesat pasca COVID-19. SUPER bertindak sebagai matlamat utama bagi semua dasar dan panduan negara lain yang berkaitan dengan start-up.
Pelan ini selari dengan DSTIN 2021-2030, Dasar Keusahawanan Nasional 2030 dan Dasar 4IR Negara.” “Cradle, agensi di bawah MOSTI, telah diberi mandat sebagai focal point yang menguruskan ekosistem pembangunan start-up daripada fasa permulaan sehingga pertumbuhan untuk meningkatkan daya saing start-up tempatan di peringkat antarabangsa. SUPER akan mendorong industri start-up dengan mewujudkan 5,000 start-up dan memberi sasaran bahawa akan terdapat 5 syarikat berstatus unicorn menjelang 2025,” tambah Dato’ Sri Dr. Adham.
Melalui platform MYStartup, MOSTI akan meningkatkan kolaborasi tempatan dan antarabangsa serta menggabungkan semua pemain ekosistem untuk bekerjasama mengukuhkan rangkaian ini. Platform ini bertujuan untuk membantu semua pemain ekosistem start-up serta membangun start-up tempatan menjadi pemain global.
Portal MYStartup dijangka akan memanfaatkan lebih daripada 1,000 pemegang taruh ekosistem startup dalam tahun pertama menerusi inisiatif dan program yang akan dikongsi di platform ini seperti pembiayaan, program Bootcamp, program Accelerator, Hackathon, bimbingan dan kursus latihan.
Para start-up, pelabur, pemain industri dan pembina ekosistem digalakkan mendaftar pada platform MYStartup di www.mystartup.gov.my bagi mendapatkan akses kepada cerapan dan sumber mengenai ekosistem start-up Malaysia.
Skip to content