Skip to main content
News

MOSTI Lancar Program MYStartup

By 2022-02-23#!28Thu, 24 Feb 2022 11:15:39 +0800p3928#28Thu, 24 Feb 2022 11:15:39 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur2828Asia/Kuala_Lumpurx28 24am28am-28Thu, 24 Feb 2022 11:15:39 +0800p11Asia/Kuala_Lumpur2828Asia/Kuala_Lumpurx282022Thu, 24 Feb 2022 11:15:39 +08001511152amThursday=321#!28Thu, 24 Feb 2022 11:15:39 +0800pAsia/Kuala_Lumpur2#February 24th, 2022#!28Thu, 24 Feb 2022 11:15:39 +0800p3928#/28Thu, 24 Feb 2022 11:15:39 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur2828Asia/Kuala_Lumpurx28#!28Thu, 24 Feb 2022 11:15:39 +0800pAsia/Kuala_Lumpur2#No Comments
23 Feb 2022, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini melancarkan Program MYStartup yang merupakan kesinambungan kepada Malaysia Startup Ecosystem Roadmap 2021- 2030 (SUPER) dan portal MyStartup tahun lalu. Pelancaran pada hari ini disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Program MYStartup terdiri daripada beberapa program yang bertujuan memperkasakan lagi ekosistem dan komuniti start-up di Malaysia. Di antaranya; MYHackathon 2022, MYStartup Hackathon, MYStartup Pre-Accelerator, MYStartup Accelerator, MYStartup Internship dan MYStartup Mentorship.
Program-program ini disasarkan untuk menyokong pembangunan dan perkembangan start-up secara mampan dalam jangka masa panjang melalui pengisian yang tertumpu kepada pembangunan kapasiti dan modal insan. Program-program ini juga dijangka dapat membimbing startup yang memerlukan sokongan dalam menghadapi cabaran daripada arena pasaran baharu dengan lebih baik selain menyediakan padanan pembiayaan berdasarkan keperluan dan latar belakang start-up yang berbeza, seterusnya meningkatkan lagi keupayaan daya saing dan kebolehpasaran start-up.
Selari dengan konsep Keluarga Malaysia, program anjuran Cradle melalui strategi MYStartup ini akan memastikan start-up dibimbing secara menyeluruh bermula dari peringkat penciptaan idea, kemudian dilatih dan disokong melalui pembiayaan serta memberi peluang untuk mengetengahkan profil syarikat mereka di dalam platform MYStartup untuk mendapat tarikan dari pelabur asing.
Menurut YB Datuk Haji Ahmad Amzad, “Di bawah seliaan MOSTI dan pelaksanaan agensinya, pada tahun 2021, walaupun dibelenggu oleh pandemik global, Malaysia turut menyaksikan sebuah start-up yang pernah dibiayai oleh Kerajaan mencapai status ‘unicorn’. MOSTI akan terus komited dalam memastikan program pembangunan start-up dilaksanakan dengan berkesan agar manfaatnya sampai dan dirasai oleh seluruh Keluarga Malaysia. Oleh itu, saya menyeru start-up untuk memanfaatkan program-program yang telah disusun atur oleh pihak Cradle sepanjang tahun 2022 ini”.
Selain daripada menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara serta meneruskan usaha dalam menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi, Program MYStartup juga akan menyumbang secara langsung kepada usaha untuk meningkatkan jumlah start-up yang inovatif dan berkualiti. Usaha ini juga bergerak seiring dengan sasaran MOSTI dalam mewujudkan 5,000 start-up serta menghasilkan lima (5) syarikat berstatus ‘unicorn’ menjelang tahun 2025.
Program MYStartup merupakan sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-up Malaysia (SUPER). Program ini juga merupakan Strategi MYStartup yang telah diumumkan semasa pembentangan Bajet 2022, dan Cradle menjadi agensi focal point bagi ekosistem start-up telah diberi mandat untuk memastikan strategi ini mampu memberi manfaat kepada ekosistem secara keseluruhan.
Start-up, pelabur, pemain industri dan pembina ekosistem digalakkan mendaftar di platform MYStartup di www.mystartup.gov.my bagi mendapatkan akses kepada cerapan dan sumber mengenai ekosistem start-up Malaysia.
Skip to content