Skip to main content
News

MOSTI Melancarkan Siri Jelajah MyStartup Dan Dua Geran Baharu

By 2022-03-11#!31Mon, 14 Mar 2022 16:56:11 +0800p1131#31Mon, 14 Mar 2022 16:56:11 +0800p-4Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 14pm31pm-31Mon, 14 Mar 2022 16:56:11 +0800p4Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312022Mon, 14 Mar 2022 16:56:11 +0800564563pmMonday=321#!31Mon, 14 Mar 2022 16:56:11 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 14th, 2022#!31Mon, 14 Mar 2022 16:56:11 +0800p1131#/31Mon, 14 Mar 2022 16:56:11 +0800p-4Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 14 Mar 2022 16:56:11 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments
11 Mac 2022, Kuala Lumpur – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba melancarkan MYStartup Roadshow dan Geran Pembiayaan Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) iaitu CIP SPARK dan CIP SPRINT.
MYStartup merupakan anjuran Cradle Fund, sebuah agensi di bawah MOSTI adalah inisiatif yang dilaksanakan untuk memperkasakan lagi ekosistem dan komuniti start-up di Malaysia menerusi pengisian program yang menumpukan kepada pembangunan dan perkembangan start-up secara mampan serta pembangunan kapasiti dan modal insan.
Dato’ Sri Dr. Adham berkata, “Johor adalah lokasi pertama dalam siri jelajah ini. Dengan sokongan daripada Iskandar Investment Berhad, Common Ground Iskandar Space dan INFINITY 8 sebagai rakan strategik, ia menjadikan usaha MOSTI serta Cradle dalam memajukan lagi komuniti start-up berada di landasan yang tepat”.
Siri jelajah ini adalah inisiatif tahunan Cradle yang bertujuan untuk merapatkan jurang bagi start-up yang berada di negeri-negeri lain serta memastikan mereka mendapat pendedahan dan peluang yang saksama kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Cradle.
Sepanjang MYStartup Roadshow, Cradle akan memberi penerangan terperinci serta hebahan mengenai program yang dilaksanakan bersamasama dengan rakan strategik mereka. Ini termasuk kaedah-kaedah penyertaan bagi start-up, kriteria permohonan geran, pemadanan perniagaan dengan dana yang bersesuaian dan sesi networking.
Dalam pada itu, 2 geran baharu turut dilancarkan iaitu CIP SPARK yang merupakan geran pembangunan bersyarat (Conditional Development Grant) yang menawarkan tempoh pembiayaan sehingga 18 bulan dan terbuka kepada individu, syarikat persendirian, perkongsian lialibiti terhad dan syarikat jenis sendirian berhad.
Manakala, CIP SPRINT pula merupakan geran pengkomersialan bersyarat boleh ubah (Conditional Convertible Commercialisation Grant) yang menawarkan tempoh pembiayaan selama 18 bulan dan terbuka kepada syarikat jenis sendirian berhad, termasuk syarikat milikan universiti dan institut penyelidikan.
Skip to content