Skip to main content
News

MOSTI Menerima Kehadiran Juruaudit-Juruaudit Dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Bagi Pelaksanaan Pengauditan Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

6 Disember 2022, Putrajaya – MOSTI hari ini menerima kehadiran juruaudit-juruaudit dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi pelaksanaan pengauditan pensijilan semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Pengauditan akan dilaksanakan bermula 6 hingga 8 Disember 2022 melibatkan semua unit/bahagian di MOSTI. YBhg. Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI turut meluangkan masa bertemu dengan Pasukan juruaudit MAMPU sebelum sesi pengauditan bermula.
Terlebih dahulu sesi pembukaan telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Ooli Gunalan, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan MOSTI.
EKSA diperkenalkan bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif seiring dengan perubaha dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi disamping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam sektor awam.
Persekitaran Kondusif, Warga Progresif.
DSC 7661           DSC 7628
DSC 7537           DSC 7602
Skip to content