Skip to main content
News

MOSTI menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2022)

6 Ogos 2022, Serdang – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2022) yang berlangsung dari 4-14 Ogos 2022.

Booth MOSTI berada di Agrotech Pavilion, Dewan D2, MAEPS dan mengetengahkan produk/ inovasi/ teknologi pertanian moden dan berasaskan teknologi IR4.0 (automasi, digital dan biological) seperti sistem IoT, teknologi dron serta kajian bioteknologi yang menyokong pelaksanaan pemodenan pintar.

Penyertaan MOSTI dalam MAHA 2022 juga merupakan platform advokasi pertanian pintar, moden dam mampan. Antara produk/teknologi/ perkhidmatan yang dipamerkan di booth MOSTI adalah:
➡️ Malaysian Modern Agro-Farming System (MyMAFS) oleh Agensi Angkasa Malaysia (MySA)
➡️ Produk/ teknologi seperti Pisang Novaria, Biobaja, Phytoirradiation (sinagama), Padi IS21 dan NM-Oligokitosan oleh Agensi Nuklear Malaysia
➡️ Perkhidmatan analisis GMO oleh Jabatan Kimia Malaysia
➡️ Produk/ teknologi RapidRAW™, Penternakan Udang Kara Air Tawar dan Produk Larva Black Soldier Fly (BSFL) oleh NIBM
➡️ Produk R.Barn dan Foklift Trolley oleh innovator Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)
➡️ Drone oleh Meraque; dan
➡️Perkhidmatan konsultasi Dana-dana di bawah MOSTI

Skip to content