Skip to main content
News

MOSTI Meraikan Tiga Saintis Muda yang telah Menyempurnakan Penyertaan dalam Mesyuarat Nobel Laureate Lindau dan Cern Summer Student Programme

19 November 2025, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini mengadakan pertemuan bagi menghargai pencapaian tiga saintis muda dan seorang pelajar yang telah mewakili Malaysia dalam dua program sains berprestij antarabangsa.

Sesi yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI ini diadakan bertujuan mendengar pengalaman mereka selepas pulang dari Mesyuarat Nobel Laureate Lindau ke-74 (Jerman) dan Program CERN Summer Student Programme 2025 (Switzerland). Turut hadir, Puan Hazami Habib, Ketua Pegawai Eksekutif ASM.
Dua wakil peserta Malaysia, ChM Dr. Nur Diyan Mohd Ridzuan (UTP) dan Ts. Dr. Ana Masara Ahmad Mokhtar (USM) telah berkongsi pengalaman mereka di Mesyuarat Nobel Laureate Lindau ke-74 yang memfokuskan bidang kimia (29 Jun – 4 Julai 2025). Pendedahan kepada 35 Penerima Hadiah Nobel dan lebih 600 saintis muda itu membuka peluang kolaborasi dan pembangunan kepakaran. Sejak 2004, seramai 89 saintis muda Malaysia telah terpilih menyertai Lindau.
Dalam sesi yang sama, MOSTI bertemu dengan Muhammad Aiman Zulkipli (Lancaster University) yang telah menyertai CERN Summer Student Programme 2025. Sepanjang Jun hingga September 2025, beliau terlibat dalam tugasan penyelidikan sebenar dan kuliah oleh pakar fizik zarah di Geneva. Sehingga kini, seramai 27 pelajar Malaysia telah menyertai CSSP sejak 2012.
Dato’ Ruziah Shafei menzahirkan penghargaan atas pencapaian yang mengangkat nama negara. Beliau juga menegaskan bahawa penyertaan ini memberi nilai besar kepada pembangunan modal insan saintifik dan memperkukuh diplomasi sains Malaysia. MOSTI akan komited untuk terus membuka peluang antarabangsa bagi melahirkan generasi saintis yang memacu inovasi global.
Skip to content