Skip to main content
News

MOSTI Tech Talks Siri 4/2025 โ€“ Hydrogen: How Do We Achieve A Home Run For Humanityโ€™s Future Energy?

23 Jun 2025, Terengganu – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meneruskan penganjuran MOSTI Tech Talks siri ke-4 dengan topik, ๐˜๐˜บ๐˜ฅ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ: ๐˜๐˜ฐ๐˜ธ ๐˜‹๐˜ฐ ๐˜ž๐˜ฆ ๐˜ˆ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ ๐˜ข ๐˜๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฆ ๐˜™๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜บ’๐˜ด ๐˜๐˜ถ๐˜ต๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜Œ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜จ๐˜บ?โ€™ bertempat di Auditorium Mahyuddin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). (Pautan LIVE: https://www.facebook.com/share/v/1G7YaoJL1C/)

Dalam ucapannya, YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata โ€œEkonomi hidrogen bukan sekadar agenda tenaga bersih, ia adalah peluang bagi negara untuk membina masa depan yang lebih lestari, berdaya saing dan inklusif. Menerusi Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen, Malaysia menyasarkan penghasilan 16 juta tan hidrogen menjelang 2050, menyumbang sehingga RM905 bilion kepada KDNK serta mewujudkan lebih 200,000 pekerjaan hijau. Kejayaan ini dapat dicapai bergantung kepada pelaburan dalam bakat dan inovasi tempatan. MOSTI komited untuk memperkasa generasi muda melalui kerjasama dengan industri dan institusi pendidikan, pembiayaan penyelidikan bersasar serta latihan teknikalโ€.
Seterusnya melalui panel kedua, Prof. Adj. Ir. Haji Mohamad Faudzi bin Mohamad Yasir, Pengurus Besar Kanan, Solutions Domain Expert in the Division of Project, Technology and Health, Safety, Security & Environment (PTHSSE) di PETRONAS yang bertanggungjawab menyediakan penyelesaian teknologi strategik yang menyokong agenda Peralihan Tenaga PETRONAS telah berkongsikan mengenai teknologi hidrogen, ekonomi berasaskan hidrogen dan masa depan hidrogen.
Segmen terakhir adalah sesi soal jawab yang berlangsung dengan pelbagai soalan menarik daripada para peserta. Sesi yang dikendalikan oleh Ir. Tengku Kahar Muzaffar, Naib Presiden, Pejabat Strategi dan Projek Khas, NanoMalaysia Berhad.
MOSTI Tech Talks 2025 telah diperkenalkan dengan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, sebagai panel utama. Program siri keempat Tech Talks pada hari ini turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu; YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd. Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), MOSTI; YBrs. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UMT dan YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), MOSTI.
Sambutan yang amat menggalakkan, dengan kehadiran lebih 250 peserta, termasuk kakitangan UMT dan pelajar-pelajar universiti. MOSTI Tech Talks menjadi platform penting untuk menyebarluaskan pengetahuan STI serta menggalakkan interaksi langsung antara kepimpinan kementerian dan masyarakat akademik.
Skip to content