09 November 2025, Melaka – MOSTICare@Melaka telah diadakan di Wad Pediatrik, Hospital Melaka sempena Malaysia Techlympics Akhir Tahun 2025.
Kehadiran YBhg. Dato’ Ruziah Binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YB Datuk Fairul Nizam Bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi & Komunikasi Digital Negeri Melaka serta YB Datuk Ngwe Hee Sem, EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka amat bermakna dan menghadirkan senyuman, semangat dan harapan baharu buat pesakit cilik ini.
Inisiatif ini memperlihatkan keprihatinan MOSTI terhadap komuniti dengan membawa elemen sains dan teknologi termasuk demonstrasi Robot Humanoid dan Robot Kancil bagi menceriakan pesakit kanak-kanak serta memupuk minat terhadap sains, teknologi dan inovasi sejak kecil.




