Skip to main content
News

Motosikal ES-11 Dengan Sistem Pemantauan Bateri Berstruktur Nano Dilancar

By 2021-12-09#!31Fri, 10 Dec 2021 17:37:45 +0800p4531#31Fri, 10 Dec 2021 17:37:45 +0800p-5Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 10pm31pm-31Fri, 10 Dec 2021 17:37:45 +0800p5Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312021Fri, 10 Dec 2021 17:37:45 +08003753712pmFriday=321#!31Fri, 10 Dec 2021 17:37:45 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#December 10th, 2021#!31Fri, 10 Dec 2021 17:37:45 +0800p4531#/31Fri, 10 Dec 2021 17:37:45 +0800p-5Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Fri, 10 Dec 2021 17:37:45 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#No Comments
09 Disember 2021, Kuala Lumpur -YB. Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan Motosikal ES-11 Eclimo dengan sistem pemantauan bateri berstruktur nano (BMS) yang dibangunkan bersama oleh MOSTI bersama NanoMalaysia Berhad dan Eclimo Sdn. Bhd.
YB Dato’ Sri Dr. Adham berkata: “MOSTI memperkenalkan ES-11 iaitu motosikal berkuasa elektrik menggunakan sistem pemantauan bateri berstruktur nano yang menjadi satu lagi sejarah penting dalam pencapaian teknologi nano dan kenderaan elektrik di Malaysia. Lebih membanggakan, ES-11 telah direka, dibangunkan dan dihasilkan 100 peratus oleh bakat tempatan.”
Tambah beliau, “Baru-baru ini juga, semasa Bajet 2022, kerajaan komited dalam menyokong industri EV dengan mengecualikan duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi semua kenderaan EV. Bukan itu sahaja, pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 akan diberikan bagi kos pembelian, pemasangan, penyewaan, kemudahan sewa beli serta bayaran melanggan kemudahan mengecas EV.”
Keistimewaan BMS adalah ia boleh mengawasi keadaan bateri dengan menghantar peringatan apabila voltan bateri berkurangan dan turut menyediakan sistem penjejakan dan pemagaran geo yang boleh dikawal menggunakan aplikasi mudah alih.
Selain itu, ES-11 menyediakan sistem mengecas palam 3 pin yang menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna kenderaan elektrik (EV) iaitu kekurangan infrastruktur dan stesen mengecas. Sel bateri lithium-ion berasaskan nano mempunyai kitaran hayat sebanyak 1,000 kali cas dan setiap cas membolehkan perjalanan sejauh 100 kilometer. Sistem ini menjimatkan sehingga tujuh kilogram pelepasan karbon dioksida untuk setiap 100 kilometer perjalanan.
Motosikal ES-11 ini telah melalui ujian berskala komersial yang luas bagi memenuhi penggunaan serta keadaan lasak termasuk bagi perkhidmatan penghantaran makanan, makanan beku, barangan runcit, produk perubatan dan farmaseutikal serta bungkusan e-dagang selain digunakan sebagai mod pengangkutan.
Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Bhd, Dr Rezal Khairi Ahmad berkata: “Penggunaan nanoteknologi dalam sektor pengangkutan menjadi kenyataan dengan pengeluaran ES-11. Mempunyai potensi yang besar kerana menawarkan mobiliti elektrik kepada masyarakat dengan harga mampu milik, sistem penyimpanan tenaga yang diguna untuk motosikal ES-11 ini juga boleh dipindahkan ke mod kenderaan lain sekali gus menyediakan potensi penggunaan komersial yang baharu secara lateral.”
ES-11 kini berada di pasaran melalui model perniagaan sewa di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Perancangan juga sedang dijalankan untuk meyediakan perkhidmatan e-mobiliti bandar bagi membolehkan orang ramai menyewa ES-11 sebagai mod pengangkutan di dalam bandar.
Skip to content