Skip to main content
News

MTDC Technology Conference Exhibition- MTCE 2023

26 September 2023, Kuala Lumpur – Lebih 400 peserta menghadiri Persidangan & Pameran Teknologi MTDC Malaysia (MTDC Technology Conference Exhibition- MTCE 2023) untuk berkongsi dan membincangkan ekosistem ‘deep tech’ di Malaysia serta meneroka pelaburan teknologi baru yang dapat memberi impak kepada negara.
MTCE 2023 dilancarkan oleh YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi. Beliau menekankan kepentingan peranan teknologi dalam memacu kemampanan dan pelaburan bermanfaat di Malaysia.
MTCE merupakan platform bagi peserta dari pelbagai industri untuk berkongsi pandangan, infomasi dan amalan terbaik dalam pelbagai topik yang berkaitan dengan teknologi dan kelestarian sebagai pemacu utama pembangunan sosial dan ekonomi.
Ketika berucap pada majlis pelancaran MTCE 2023, YB Chang Lih Kang berkata, “Saya percaya MTDC sentiasa berusaha untuk memacu pembangunan teknologi di Malaysia bagi menyokong dan membantu industri tanpa mengira saiz perniagaan, termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam penggunaan teknologi dan pengamalan proses baharu”.
MTCE 2023 yang membawa tema “Investment for Impact: Technology Driving Sustainability” dianjurkan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), sebuah badan pelabur strategik beriinovasi dan juga pembina modal teroka deep tech di bawah MOSTI.
YBrs. Ts. Hj Mohammad Hazani Hj Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, dalam ucapan beliau berkata “Kadar kemajuan teknologi global dan pelaburan deep tech yang makin bertambah turut dapat dilihat di Malaysia dengan peningkatan pelaburan deep tech yang ketara.”
“Sebahagian daripada fokus kami di MTDC adalah untuk membantu sektor deep tech dan modal teroka dalam mendapat manfaat penuh selaras dengan perkembangan teknologi Malaysia. Dalam masa yang sama, ia dapat menerokai potensi PKS di Malaysia.” katanya.
Turut berlangsung sesi ucaptama dan forum yang bertujuan untuk meneroka ‘Deep Technology’, istilah yang merangkumi pelbagai jenis teknologi baru seperti robotik, pencetakan 3D, kecerdasan buatan, teknologi perubatan dan penjagaan kesihatan, aeroangkasa dan teknologi automasi. YBhg. Datuk Ts. Dr Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, dan Sivasuriyamoorthy Sundara Raja, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) turut berkongsi perspektif mereka atas kejayaan pelaburan deep tech dan faktor-faktor sebalik kejayaan tersebut.
Persidangan ini juga menyaksikan pelancaran Coffee Table Book MTDC yang bertajuk “30 Techno Dreams,” yang mengongsikan kejayaan dan kelebihan syarikat dalam ekosistem MTDC serta tekno-usahawannya.
Para peserta juga boleh menghadiri program Road2Growth Zon Tengah (R2G) pada hari kedua persidangan ini. Program ini terbuka kepada orang ramai dan berfungsi sebagai platform untuk berkongsi maklumat berharga dan memperkenalkan rangkaian perkhidmatan yang disediakan oleh MTDC, termasuk sesi pitching, program pembiayaan, latihan usahawan teknologi, dan penyelesaian teknologi Industri 4.0 daripada Center of 9 Pillars MTDC®️ (Co9P®️).
Skip to content