Skip to main content
News

MYHackathon 2024 – Kohort 2

25 November 2024, Kuala Lumpur – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengumumkan kesinambungan program yang memfokuskan kepada penyelesaian masalah di peringkat Kementerian dan agensi Kerajaan menerusi cetusan idea dan inisiatif berinovasi melalui program MYHackathon 2024 – Kohort 2.
Dilaksanakan oleh Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle), sebuah agensi di bawah MOSTI, MYHackthon 2024 – Kohort 2 merupakan lanjutan acara MYHackathon 2024 – Kohort 1 yang diadakan pada bulan September yang lalu.
Program ini menyasarkan penyertaan dan penglibatan daripada syarikat-syarikat startup, pembangun perisian, pengekod dan individu yang berkemahiran dalam bidang teknologi untuk bersama-sama membantu pihak Kerajaan dalam menghasilkan solusi kepada pernyataan masalah yang dikemukakan sekali gus meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dalam ucapan perasmiannya berkata, “MOSTI percaya bahawa Program MYHackathon ini mampu memperkukuh kerjasama rentas Kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan untuk mendorong ekosistem teknologi yang responsif terhadap keperluan negara, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia dengan peningkatan infrastruktur digital dan sistem tadbir urus yang mendahulukan rakyat.”
Bagi kohort kedua, terdapat lima (5) pernyataan masalah telah dikemukakan oleh pihak kementerian dan agensi Kerajaan iaitu:
1️⃣ 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐠𝐚𝐫 (𝐁𝐓𝐒) 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐌𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐢 𝐋𝐢𝐦𝐚 (𝟓) 𝐌𝐞𝐭𝐞𝐫 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐢𝐭 di bawah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB);
2️⃣ 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐬𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐠𝐚𝐫 (𝐁𝐓𝐒) 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐫𝐚𝐬 𝐏𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐢 𝐓𝐢𝐠𝐚 (𝟑) 𝐌𝐞𝐭𝐞𝐫, juga di bawah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB);
3️⃣ 𝐒𝐨𝐥𝐮𝐬𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐈 𝐒𝐜𝐚𝐦 𝐀𝐥𝐞𝐫𝐭 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐭𝐚𝐬 𝐓𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧, di bawah Pusat Anti Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC);
4️⃣ 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐃𝐚𝐬𝐡𝐛𝐨𝐚𝐫𝐝 𝐒𝐦𝐚𝐫𝐭 𝐂𝐢𝐭𝐲 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐝𝐮𝐥 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐞𝐭 𝐋𝐢𝐠𝐡𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐨𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐢𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐩𝐞𝐣𝐚𝐥, di bawah Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM); dan
5️⃣ 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐥𝐥𝐢𝐠𝐞𝐧𝐭 𝐀𝐈 𝐌𝐨𝐧𝐢𝐭𝐨𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐝 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐂𝐨𝐥𝐥𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐃𝐞𝐭𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧, di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP).
Skip to content