Skip to main content
News

NEGARAKU BERINOVASI: AGENDA MOSTI 2018

By 2018-02-06#!28Mon, 26 Feb 2018 12:47:36 +0800+08:003628#28Mon, 26 Feb 2018 12:47:36 +0800+08:00-12+08:002828+08:00x28 26pm28pm-28Mon, 26 Feb 2018 12:47:36 +0800+08:0012+08:002828+08:00x282018Mon, 26 Feb 2018 12:47:36 +08004712472pmMonday=321#!28Mon, 26 Feb 2018 12:47:36 +0800+08:00+08:002#February 26th, 2018#!28Mon, 26 Feb 2018 12:47:36 +0800+08:003628#/28Mon, 26 Feb 2018 12:47:36 +0800+08:00-12+08:002828+08:00x28#!28Mon, 26 Feb 2018 12:47:36 +0800+08:00+08:002#No Comments

Putrajaya, 6 Februari 2018 – Negaraku Berinovasi di pilih sebagai tema agenda MOSTI 2018 yang akan dilaksanakan berlandaskan transformasi berterusan ke arah pembangunan Negara dan kesejahteraan rakyat berlandaskan sains, teknologi dan inovasi (STI). Sebagai peneraju agenda STI Negara, adalah penting bagi MOSTI untuk membawa STI lebih dekat kepada rakyat supaya mereka lebih memahami peranan dan sumbangan sains dan teknologi dalam pertumbuhan ekonomi yang mampan. YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menekankan demikian dalam Majlis Amanat 2018 kepada seluruh warga MOSTI, jabatan/agensi.

Dalam majlis berkenaan turut memaparkan mengenai imbasan setahun perjalanan MOSTI membawa STI dalam tahun 2017. Antara kecemerlangan yang dicapai termasuklah mencatatkan peratusan keseluruhan pencapaian KPI sebanyak 129%, Kejayaan penganjuran NICE EXPO 2017, Kecemerlangan di peringkat antarabangsa, Transformasi Nasional 2050 dan banyak lagi kejayaan yang membanggakan.

Akhir sekali, YB Menteri menyeru semua warga MOSTI, jabatan/agensi bersama-sama membantu melonjakkan agenda STI Negara dengan meneruskan kecemerlangan dengan penuh dedikasi sebagai satu Pasukan yang mantap serta menigkatkan prestasi demi masa depan organisai dan Negara yang lenih gemilang.


Skip to content