Skip to main content
News

Nota Kerjasama Bagi Melaksanakan Ujian Perbandingan Antara Makmal (Interlaboratory Comparisons, ILC) Dan Ujian Kemahiran

14 Oktober 2024, – Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), pemain utama di dalam industri beras negara, hari ini telah memeterai Nota Kerjasama bagi melaksanakan ujian perbandingan antara makmal (interlaboratory comparisons, ILC) dan ujian kemahiran untuk aktiviti penggredan beras.

Makmal BERNAS yang diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui ISO ISO7301 dan ISO11746 bakal mengukuhkan lagi usaha untuk meningkatkan kualiti beras secara keseluruhan di Malaysia, memandangkan ILC akan memastikan konsistensi, kebolehpercayaan dan pematuhan kepada piawaian antarabangsa.
Melalui kerjasama ini, BERNAS akan membantu KIMIA Malaysia dalam membangunkan kaedah, menyediakan latihan penganalisaan ke atas sampel beras dan membincangkan isu-isu berkaitan penganalisaan beras untuk tujuan ujian perbandingan antara makmal di samping meningkatkan ujian kemahiran bagi analisis beras.
Nota kerjasama ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BERNAS, Zulkiflee Abdul Rahman dan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia serta disaksikan oleh Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI.
Skip to content