Skip to main content
News

Pavilion Malaysia Dibuka Secara Rasmi Di Expo 2020 Dubai

By 2021-10-05#!31Fri, 08 Oct 2021 15:42:47 +0800+08:004731#31Fri, 08 Oct 2021 15:42:47 +0800+08:00-3+08:003131+08:00x31 08pm31pm-31Fri, 08 Oct 2021 15:42:47 +0800+08:003+08:003131+08:00x312021Fri, 08 Oct 2021 15:42:47 +08004234210pmFriday=321#!31Fri, 08 Oct 2021 15:42:47 +0800+08:00+08:0010#October 8th, 2021#!31Fri, 08 Oct 2021 15:42:47 +0800+08:004731#/31Fri, 08 Oct 2021 15:42:47 +0800+08:00-3+08:003131+08:00x31#!31Fri, 08 Oct 2021 15:42:47 +0800+08:00+08:0010#No Comments
5 Oktober 2021, Expo Dubai – Pavilion Malaysia secara rasmi membuka pintunya di Expo 2020 Dubai dan mengajak para pelawat untuk merasai pengalaman berada di hutan hujan Malaysia yang dikuasakan melalui pemetaan unjuran 3D.
Pavilion Malaysia merupakan pavilion karbon sifar bersih dengan keluasan 1,234,56 meter persegi di acara mega itu akan mempersembahkan visi lestari negara melalui beberapa teknologi interaktif dan kreatif. Malaysia telah menyusun program perdagangan dan perniagaan tematik selama 26 minggu yang disertai oleh kira-kira 300 syarikat Malaysia dari pelbagai industri.
Pelancaraan Pavilion Malaysia menandakan penyertaan ketujuh negara pada acara itu sejak tahun 1970. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata:
“Penyertaan Malaysia dalam Ekspo 2020 Dubai menggambarkan komitmen negara terhadap kerjasama antarabangsa, perhatian mendalam mengenai isu-isu global, serta memulakan dialog tentang cabaran dan peluang mengenai sains, teknologi dan inovasi (STI). Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengambil pendekatan bersepadu dalam menggabungkan dua sektor utama negara iaitu ‘STI’ dan ‘Ekonomi’ untuk menjadi pemangkin Transformasi Sosio-Ekonomi dan Pertumbuhan Inklusif.”
Ekspo 2020 Dubai merangkumi peluang dari pelbagai sudut, termasuk meningkatkan perdagangan dua hala Malaysia dan hubungan dengan UAE dan negara-negara lain yang mengambil bahagian.
Menyifatkan konsep estetika Pavilion Malaysia yang bertemakan ‘Energising Sustainability’ (Memperkasa Kemampanan), beliau menambah, “Malaysia telah mencipta platform unik yang melambangkan komitmennya terhadap pembangunan mampan, sekali gus mengesahkan visi negara untuk mengimbangi pembangunan sosioekonomi dengan kebimbangan alam sekitar. Ini sejajar dengan wawasan kemampanan Malaysia untuk menginspirasikan tindakan yang bermakna ke arah aspirasi perubahan iklim global.”
Ucapan YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba di pelancaran Pavilion Malaysia telah disampaikan oleh Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tuan Mohd Tarid Sufian. Pelancaran Pavilion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai disiarkan secara langsung di Dubai dan Kuala Lumpur.
Skip to content