Skip to main content
News

Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR)

21 Mei 2024, Selangor – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diwakili oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) telah membentangkan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR) beserta status terkini pembangunan hidrogen di Malaysia.

MOSTI telah menerima jemputan dari Jabatan Standard Malaysia (JSM) untuk pembentangan HETR dalam Sesi Konsultasi Bagi Aktiviti Standardisasi Berkenaan ‘Hydrogen Technologies’ bertempat di Hotel Bangi Resort.
Objektif utama sesi konsultasi ini adalah:
a) Mendapatkan maklumat berkenaan dasar dan perkembangan terkini sektor Hydrogen Technologies serta untuk mengenalpasti keperluan dan hala tuju bagi penglibatan negara dalam sektor tersebut;
b) Melihat dan mengkaji keperluan penubuhan dan penempatan jawatankuasa teknikal berkenaan hydrogen technologies di peringkat kebangsaan.
c) Mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan bagi cadangan keahlian Malaysia di dalam ISO/TC 197; dan
d) Membincangkan hala tuju aktiviti standardisasi bagi hydrogen technologies di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Skip to content