Skip to main content
News

Pelan Strategik ASM dan International Conference on Tropical Sciences (TropSc) 2024

6 April 2023, Kuala Lumpur – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Mahathir Science Award Foundation (MSAF) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri bagi membincangkan mengenai Pelan Strategik ASM dan International Conference on Tropical Sciences (TropSc) 2024 di bawah MSAF.
Delegasi MOSTI terdiri daripada YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim – Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs. Puan Ruziah binti Shafei – Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YM Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc – Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM), YBhg. Tan Sri Mazlan Othman FASc – Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu TropSc2024, YBhg. Tan Sri Ahmad Zaidee Laidin FASc – Pengarah Eksekutif Yayasan Anugerah Sains Mahathir (MSAF) dan YBrs. Puan Hazami Habib – CEO Akademi Sains Malaysia.
339941764 1276448973227320 3038440595797730213 n    340025076 6290221004331633 7705636501619239663 n
Skip to content