Skip to main content
News

PELANCARAN MAJLIS BIOETIKA NEGARA

By 2012-05-22#!30Wed, 21 Apr 2021 13:53:39 +0800+08:003930#30Wed, 21 Apr 2021 13:53:39 +0800+08:00-1+08:003030+08:00x30 21pm30pm-30Wed, 21 Apr 2021 13:53:39 +0800+08:001+08:003030+08:00x302021Wed, 21 Apr 2021 13:53:39 +0800531534pmWednesday=321#!30Wed, 21 Apr 2021 13:53:39 +0800+08:00+08:004#April 21st, 2021#!30Wed, 21 Apr 2021 13:53:39 +0800+08:003930#/30Wed, 21 Apr 2021 13:53:39 +0800+08:00-1+08:003030+08:00x30#!30Wed, 21 Apr 2021 13:53:39 +0800+08:00+08:004#No Comments

 

Kuala Lumpur, 22hb Mei 2012 – Majlis Bioetika Negara dilancarkan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

Penyerahan watikah pelantikan kepada ahli Majlis Bioetika Negara telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri MOSTI. Ahli majlis ini dianggotai oleh kumpulan pakar, wakil dari kementerian-kementerian, dan pertubuhan bukan kerajaan.

Penubuhan Majlis Bioetika Negara adalah berperanan sebagai penasihat bagi menangani isu-isu bioetika yang melibatkan persekitaran, sosial, kesihatan, kebudayaan, perundangan dan keagamaan kesan daripada kemajuan sains dan teknologi.

Bidang bioetika merupakan suatu bidang yang muncul apabila isu-isu bioetika yang melibatkan persekitaran, sosial, kesihatan, kebudayaan, perundangan dan keagamaan berlaku kesan daripada kemajuan sains dan teknologi.

Mengenai penubuhan awal Majlis ini, pada 19 Jun 2009, cadangan supaya sebuah Jawatankuasa Pemandu ditubuhkan di bawah MOSTI bagi meneliti cadangan penubuhan Majlis Bioetika Negara telah dibincangkan semasa satu bengkel yang diadakan sempena Mesyuarat Ke-6 COMEST (Suruhanjaya Antarabangsa Etika dalam Sains dan Teknologi) anjuran bersama MOSTI dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM). 

Pada 9 Julai 2010 penubuhan Majlis Bioetika Negara telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dan Majlis Bioetika Negara ini diletakkan di bawah pengendalian MOSTI. 

Laman web Majlis Bioetika Negara turut dilancarkan dan boleh dilayari di alamat

Skip to content