Skip to main content
News

Pelancaran Modul Nanosains & Nanoteknologi

8 September 2023, Selangor – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmikan Pelancaran Modul Nanosains & Nanoteknologi yang diadakan di ION2, UPM.

Program pemindahan ilmu ini dimulai dengan guru kimia di bawah seliaan PPD Hulu Langat Selangor. Ini adalah untuk membantu pihak sekolah dalam memperkasakan ilmu dan pengetahuan berkenaan nanosains dan nanoteknologi.
Program kerjasama antara Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, MOSTI dan ION2 UPM ini juga merupakan salah satu usaha menyokong aspirasi strategi kedua Dasar dan Strategi Nanoteknologi Negara (DSNN) 2021-2030 melalui program jaringan komuniti berimpak tinggi.
Skip to content