12 Julai 2025, Terengganu – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen Hijau yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datoβ Seri Anwar Ibrahim di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu.
Sebagai menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR), Tenaga Nasional Berhad (TNB), PETRONAS dan Terengganu Inc. telah menjalinkan kolaborasi strategik untuk membangunkan ππ―π΅π¦π¨π³π’π΅π¦π₯ ππ―π₯-π΅π°-ππ―π₯ π©πΊπ₯π³π°π¨π¦π― ππ’ππΆπ¦ ππ©π’πͺπ― ke arah merealisasikan Semenanjung Malaysia sebagai Hab hidrogen hijau di rantau ini melalui projek Solar Terapung Hidro Hibrid di Empangan Kenyir dan pembangunan hab hidrogen hijau di Kerteh, Terengganu.
Majlis turut disaksikan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA; YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu; YB Dato’ Nara Setia Dato’ Haji Zulkifli Bin Ali, Setiausaha Kerajaan Terengganu; YBhg. Tan Sri Mohd Bakke bin Salleh, Pengerusi PETRONAS dan YBhg. Tan Sri Abdul Razak bin Abdul Majid, Pengerusi TNB.
YBhg. Datuk Seri KSU turut berpeluang dibawa naik ke Empangan Kenyir untuk melihat sendiri rekabentuk Solar Terapung Hidro Hibrid yang akan digunakan bagi projek ini.
Hadir sama Pengarah Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Mukifza bin Harun dan Ketua Penolong Pengarah Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, Ts. Mohd Helme bin Mohd Helan.