Skip to main content
News

Pemenang MyHackathon 2022 Kohort 2

8 Disember, Cyberjaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini telah mengumumkan senarai para pemenang bagi program MYHackathon 2022 Kohort 2 semasa majlis penutupan yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim.
Mengekalkan tema โ€˜Hackathon Nasional Untuk Malaysia Inklusifโ€™, program yang telah dilancarkan pada 22 November 2022, kini melabuhkan tirainya setelah dua (2) minggu menjalani kem intensif dan sesi bimbingan.
Empat (4) pemenang bagi setiap pernyataan masalah yang dikemukakan akan menerima RM250,000.00, selain bakal bekerja secara rapat dengan pemilik pernyataan masalah bagi memperhalusi rancangan pelaksanaan solusi untuk tempoh 12 bulan akan datang.
Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim menekankan peningkatan kualiti yang memberangsangkan bagi hampir kesemua penyertaan yang diterima. Ianya diterjemahkan melalui idea dan solusi yang praktikal dan inovatif untuk dilaksanakan di peringkat nasional. Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi perkhidmatan Kerajaan serta menambah baik sistem sedia ada.
โ€œMYHackathon 2022 Kohort 2 juga berjaya mengumpulkan lebih daripada 268 penyertaan daripada seluruh negara yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kepakaran,โ€ katanya.
Sementera itu, menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke, Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) selaku agensi pelaksana bagi inisiatif MYStartup dan program MYHackathon 2022 akan terus memberi sokongan kepada semua startup di Malaysia dan membimbing mereka daripada peringkat idea sehingga peringkat pengkomersialan.
Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang MYHackathon 2022 Kohort 2
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐Ÿท: Solusi pengurusan digital membantu meningkatkan budaya membaca murid dari pelbagai kategori
Pemenang: JomBaca
Nama Projek: JomBaca
Ringkasan Projek: JomBaca ialah satu aplikasi mudah alih untuk pelajar merekodkan bahan bacaan mereka (seperti NILAM) dengan fungsi yang dipertingkatkan seperti gamifikasi, papan pendahulu, penilaian dan pengesyoran buku, mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus untuk kegunaan e-dompet, tambah nilai TELCO dan banyak lagi fungsi yang hebat untuk menarik minat pelajar untuk membaca. Para pelajar boleh melihat senarai buku di setiap perpustakaan (perpustakaan sekolah ataupun perpustakaan awam di kawasan mereka), jadi mereka boleh pergi ke sana dengan mudah dan dapatkan mata ganjaran setiap kali mereka mengunjunginya. Kami telah membangunkan versi beta untuk aplikasi ini dan boleh ditambahbaik selari dengan tujuan KPM
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐Ÿธ: Solusi membantu memantau kesihatan pesakit buah pinggang kronik (Chronic Kidney Disease) secara menyeluruh
Pemenang: Beterena
Nama Projek: Beterena
Ringkasan Projek: Beterena menyediakan fungsi yang telah disesuaikan untuk membolehkan doktor dan penyedia penjagaan kesihatan memantau gaya hidup pesakit di rumah, tanpa mengambil terlalu banyak masa. Melalui papan pemuka visual, makluman kesihatan dan analisis berterusan, Beterena memperkasakan doktor untuk menyokong lebih ramai pesakit dalam menguruskan penjagaan mereka. Dengan menjejaki petunjuk utama, profesional kesihatan lebih dilengkapi dengan maklumat yang diperlukan untuk menyokong rawatan dialisis biasa pesakit. Doktor mempunyai teknologi untuk memantau kesihatan pesakit secara menyeluruh dari rumah, memastikan penilaian yang lebih tepat dan teliti terhadap keadaan pesakit mereka.
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐Ÿน: Solusi teknologi untuk memupuk amalan hijau melalui kebun komuniti, pengurusan 3R dan sistem ganjaran ke arah meningkatkan kualiti persekitaran yang bersih, indah dan sejahtera
Pemenang: Pasar Kita
Nama Projek: Pasar Kita Grower Apps
Ringkasan Projek: Pasar Kita Grower app ialah aplikasi mudah alih yang membimbing penanam kecil untuk menanam, menyemai dan menjual hasil bagi menampung kebun mereka. Ia juga mempunyai fungsi di mana individu boleh mendermakan sisa makanan mereka kepada mana-mana ladang komuniti bagi tujuan pembajaan. Mata akan diberikan kepada penderma dan mereka boleh menebus baucer PasarKita.
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐Ÿบ: Solusi teknologi untuk menangani konflik manusia dan hidupan liar di kawasan sektor agromakanan.
Pemenang: Satok Bridge Digital
Nama Projek: Gajah Safe
Ringkasan Projek: Gajah Safe ialah satu solusi yang dibina menggunakan Edge Computing Camera berasaskan Artificial Intelligence (Ai) yang akan menjalankan pemantauan persekitaran secara berterusan untuk mengesan kehadiran gajah. Solusi ini juga akan menakutkan gajah apabila dikesan dengan memainkan sebarang muzik atau bunyian yang kuat, ini adalah satu langkah yang mudah dan selamat untuk menakutkan gajah. Bunyi dan muzik yang dimainkan tidak akan diulang dengan kerap kerana gajah boleh mengecam bunyian tersebut dan menjadi terbiasa. Tambahan lagi, satu amaran akan dihantar kepada peladang dan pihak berkuasa berkaitan untuk memaklumkan mengenai kehadiran gajah, membolehkan mereka bersiap sedia dan mengambil langkah yang perlu.
DSC 8200ย  ย  ย DSC 8219
Skip to content